Navarathri
| Navaratri Bahasa Sanskrit: नवरात्रि Tamil: நவராத்திரி Terjemahan Bahasa Melayu : Perayaan Dewi 9 Malam | |
|---|---|
Juga dikenali sebagai |
|
Diraikan oleh/di | Orang Hindu |
| Jenis | Hindu |
| Sambutan | 9 Malam |
| Upacara |
|
| Tarikh | berbilang hari |
| Kekerapan | Tahunan |
Berkaitan dengan | Vijayadashami, Dashain |
| Sebahagian siri mengenai |
| Agama Hindu |
|---|
|
|
Navaratri (Sanskrit: नवरात्रि, Dalam tulisan Rumi: Navarātri, Tamil: நவராத்திரி நோன்பு, Dalam tulisan Rumi: Navarāttiri) ialah perayaan Hindu tahunan yang diadakan bagi menghormati Dewi Durga, salah satu aspek Adi Parashakti, dewi agung. Perayaan ini berlangsung selama sembilan malam, pertama pada bulan Chaitra (Mac/April dalam kalendar Gregorian), dan sekali lagi pada bulan Ashvin (September–Oktober). Ia diraikan atas sebab-sebab yang berbeza serta disambut dengan cara yang berlainan di pelbagai bahagian dalam lingkungan budaya Hindu India.
Secara teori, terdapat empat musim Navaratri. Namun begitu, dalam amalam, perayaan yang paling utama ialah festoval musim luruh pasca-monsun yang dikenali sebagai Sharada Navaratri. Selain itu, terdapat juga dua Gupta Navaratri atau "Navaratri Rahsia", iaitu yang bermula pada Shukla Paksha Pratipada bulan Magha (Magha Gupta Navaratri) dan satu lagi bermula pada Shukla Paksha Pratipada bulan Ashadha