Ganesha

Ganesh (Gaṇeśa)

Lukisan Ganesha bersila atas bunga teratai di Bashohli India
Devanagari:गणेश
Penggabungan:Deva
Mantera:ॐ गणेशाय नमः
(Oṃ Gaṇeśāya Namaḥ)
Senjata:Paraśu (kapak),
Pāśa (tali jerat),
Aṅkuśa (Angkus)
Pasangan:Buddhi (kebijaksanaan),
Riddhi (kemakmuran),
Siddhi (kecapaian)

Gana (Jawi: ڬان) atau Ganesa (bahasa Sanskrit: गणेश Ganeśa, bahasa Jawa: ꦒꦤꦺꦯ; bahasa Inggeris: Ganesh) juga dikenali sebagai Ganapati, Vinayaka, dan Pillaiyar, merupakan salah satu dewa yang paling popular dalam Hinduisme. Gambarannya didapati di seluruh benua India. Hampir semua orang Hindu menyembahnya. Tidak ada kegiatan, sama ada sekular mahu pun agama yang akan dimulakan sebelum memuja dan menyembah Vinayaka. Ini adalah kerana Vinayaka merupakan Tuhan Halangan atau Vighneśvara atau Vighnarāja.