Aitareya Upanishad

Upanishad Aitareya (Sanskrit: ऐतरेयोपनिषद्, IAST: Aitareyopaniṣad) ialah sebuah Upanishad (Upanishad) yang dikaitkan dengan Rigveda. Daripada sepuluh atau dua belas Mukhya (utama) Upanishad yang dianggap paling kuno dan utama, Aitareya Upanishad turut termasuk dalam senarai tersebut. Ia merupakan sebahagian daripada Aitareya Aranyaka (bab 4 hingga 6 dalam Aranyaka kedua) yang tergolong dalam Rigveda. Mahidasa Aitareya, yang disebut dalam Chandogya Upanishad (3.16.7), adalah resi (orang suci) yang menerima pendedahan rohani Upaniṣad ini. Ia merangkumi bab keempat, kelima dan keenam dalam buku kedua Aitareya Aranyaka, yang merupakan salah satu daripada empat lapisan teks Rigveda.

Aitareya Upanishad merupakan sebuah teks prosa yang pendek, dibahagikan kepada tiga bahagian dengan 33 rangkap. Teks ini membincangkan tiga tema falsafah: pertama, bahawa dunia dan manusia adalah ciptaan Atman (Diri Sejagat); kedua, teori bahawa Atman mengalami kelahiran tiga kali; ketiga, bahawa Kesedaran adalah inti pati Atman.