Puthandu
| Puthandu Tahun Baru Tamil | |
|---|---|
Hiasan tahun baru Tamil bagi Puthandu | |
Diraikan oleh/di | Hindu Tamil di India, Sri Lanka, Mauritius, Malaysia, Singapura |
| Jenis | agama, sosial |
| Kepentingan | Tahun Baru Tamil |
| Sambutan | Berpesta, pemberian hadiah, melawat rumah dan kuil-kuil |
| Tarikh | Hari pertama Chitterai dalam kalendar Tamil |
Berkaitan dengan | Vaisakhi, Vishu (Kerala), Tahun Baru Burma, Tahun Baru Cambodia, Tahun Baru Lao, Tahun Baru Malayali, Tahun Baru Odia, Tahun Baru Sri Lanka, Tahun Baru Thai |
Puthandu, juga dikenali sebagai Puthuvarusham atau Tahun Baru Tamil, adalah hari pertama tahun takwim orang Tamil. Tarikh perayaan ditetapkan dengan kitaran suria dalam takwim Hindu, seperti hari pertama bulan Tamil Chithirai. Dengan itu, ia hampir selalu jatuh pada atau kira-kira 14 April setiap tahun pada takwim Gregorius. Pada hari yang sama diraikan oleh penganut Hindu di tempat lain seperti tahun baru tradisional, tetapi dikenali dengan nama-nama lain seperti Vishu di Kerala, dan Vaisakhi di tengah dan utara India.