Bharatanatyam

Tarian Bharatanatyam (Tamil: பரதநாட்டியம்) merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Bharatanatyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasai perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai pergerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap,penuh dengan kegembiraan.

Tarian ini berasal dari negeri Tamil Nadu di selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Sebuah persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaran, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nriya (tarian Ekspresi).