Iswara

Iswara (Bahasa Sangsakerta: ईश्वर Īśvara lakuran ईश्, īś- "mampu; pemilik, penguasa, ketua" dan वर vara "terbaik, luar biasa, cantik", "pilihan, harapan, berkat, anugerah, hadiah" sekaligus "pemilik yang terbaik, yang cantik; penguasa pilihan, berkat, anugerah") adalah suatu konsep dalam agama Hindu dengan berbagai macam makna bergantung kepada zaman dan aliran yang dianut utama masyarakat semasa. Kitab-kitab Hindu Abad Pertengahan memadankannya kepada suatu dewata maha besar atau jiwa diri (atma); namun aliran-aliran memperincikan dewata pujaan utama– aliran Saiwaisme menganggap Iswara nama julukan betara Siwa manakala aliran Vaishnavisme, menganggapnya nama jolokan betara Vishnu. Dalam aliran-aliran lebih moden seperti Arya Samaj dan Brahmoisme pula, nama Iswara merujuk kepada Tuhan yang tunggal atau esa dipegang. Dalam aliran Advaita Vedanta, Iswara adalah bentuk jelmaan Brahman.