Vishu

Vishu
Barangan Vishu kani dikalung bunga kayu raja
Nama rasmiVishu
Diraikan oleh/di
Malayali People
Jenisbudaya, bermusim
Kepentingantahun baru orang Malayali
UpacaraKani, Kaineetam, Kanji, Kani konna, Optionally Padakkam (firecrackers)
Bermula4:00 pagi Brahmamuhurtha
Tamathujung petang
TarikhHari pertama bulan rasi Hamal (Medam) takwim Malayali
Berkaitan dengan
Vaisakhi, Tamil Puthandu, Songkran

Vishu (bahasa Malayalam: വിഷു serapan Sanskrit विषुव Viṣuvam ekuinoks terbitan विषु viṣu "sama") ialah perayaan tahun baru orang Malayali di Kerala,Tulu Nadu, dan Mahe di India serta diasporanya termasuk di Malaysia. Ia jatuh pada hari pertama bulan Medam takwim Malayali bersamaan dengan 14/15 April takwim Gregorius kini sejajar ekuinoks musim bunga di anak benua India pada masa dahulu; tarikh ini dipercayai berlakunya kisah betara Wisnu dan titisannya Kerisna mengalahkan Narakasura serta menyelamatkan bumi daripada banjir besar.

Pada waktu ini, keluarga-keluarga Malayali mengarang barangan sembahan terdiri dari buah hasil tani yang dianggap mampu membawa tuah (വിഷുക്കണി vishukkani); pada waktu ini juga hadiah akan diberikan kepada seisi keluarga. Mereka juga berjamu besar (സദ്യ sadya) dan keluar menikmati pemandangan pokok-pokok kayu raja yang berbunga waktu ketika ini. Pada malam hari, mercun dinyalakan.