Hindutva

Hindutva (Hindi: हिन्दुत्व, "Kehinduan") adalah suatu bentuk ideologi nasionalisme diasaskan kefahaman kepercayaan agama Hindu ― atau nasionalisme Hindu ― yang dominan di India. Ideologi ini mula dicetuskan oleh aktivis Vinayak Damodar Savarkar pada tahun 1923; ia kemudian dilanjutkan organisasi-organisasi sukarelawan Hindu yang sefahaman termasuk Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS), Vishva Hindu Parishad (VHP), Parti Bharatiya Janata (BJP) tergolong dalam kolektif disebut bernama Sangh Parivar.

Gerakan ini telah digambarkan bercirikan "ekstremisme sayap kanan" dan "hampir fasis" kerana turutan didasarkan suatu penyatuan dan penguasaan budaya ke atas majoriti bangsa India, namun ada juga seberapa penganalisis yang menggambarkan lebih kepada suatu bentuk konservatisme ekstrem. Fahaman ini meluas dengan terlantiknya Narendra Modi dari parti BJP sebagai Perdana Menteri India pada tahun 2014.