Jaimini
Jaimini ialah seorang sarjana India purba dan pengasas fahaman Mimamsa dalam falsafah Hindu. Jaimini juga dikatakan sebagai penulis teks Mīmāmsāsūtra. Beliau dipercayai hidup sekitar kurun ke-4 S.M. Fahaman Mimamsa menekankan bahagian ritual dalam Veda sebagai suatu aspek penting Dharma.
Guru Jaimini ialah Badarayana, pengasas suatu falsafah Hindu yang dikenali sebagai Vedanta. Vedanta menekankan bahagian Jnana atau Ilmu dalam Veda. Kedua-dua Badarayana dan Jaimini merujuk dan membuat perbandingan antara kedua-dua teori mereka, di mana Badarayana menekankan ilmu (Jnana Kanda) sementara Jaimini pula menekankan ritual (Karma Kanda).
Sumbangan Jaimini kepada proses analisasi teks-teks suci telah mempengaruhi fahaman falsafah India yang lain. Ulasan-ulasan atas teks Jaimini yang paling popular ialah ulasan-ulasan oleh Sabara Svamin, Kumarila Bhatta, dan Prabhakara.