Samsara

Samsara (Sanskrit: संसार saṃsāra "mengembara", "dunia", "penjelmaan; perputaran keberadaan mengelilingi dunia"; juga sengsara) merupakan kefahaman dikongsi dalam agama-agama berasaskan dharma iaitu Hinduisme dan Buddhisme menerangkan keberadaan kehidupan seseorang yang dikatakan dalam suatu kitaran kematian dan kelahiran semula. yang berterusan dan dijangka sehingga mencapai pembebasan menemui hakikat tuhan sama ada melalui muksa, nirwana, mukti atau kaivalya. Hal ini sangat terkait dengan teori karma agama Hindu, dan pembebasan dari Saṃsāra telah menjadi inti pencarian spiritual tradisi India, serta perselisihan dalaman mereka.