Sembahyang Hindu

Seorang bersembahyang di hadapan patung Hanuman
Sembahyang untuk si mati di Ubud

Penganut agama Hindu melakukan sembahyang (Sanskrit: पूजा, rumi: pūjā) yakni mempersembahkan kekata seruan atau barangan tertentu (yakni "barang sembahyang") di hadapan dewa-dewi (yakni "yang") sebagai tanda penyanjungan, menghormati tetamu (baik yang hidup aau meninggal), atau menyambut suatu keraian yang berpadanan seperti perkahwinan atau perayaan keagamaan Kegiatan bersembahyang ini dipercayai sebagai suatu pertemuan (दर्शन darśana "penampakan") antara penganut dengan betara sembahan yang dianggap sebagai "guru".

Penganut Hindu tidak wajib sembahyang, ada yang kerap seharian (nitya), ada berkala malah jarang sama ada untuk tujuan khusus (naimittika) atau persendirian atas kehendak tertentu (kāmya). Kuil-kuil juga mempunyai acara puja yang dilakukan pada banyak masa dikehendaki mengikut aliran.