Waruna

Waruna
Dewa Air
Ahli Pancabuta
Gambaran Waruna dengan wahananya Makara, 1675–1700
Dilukis di: India, Rajasthan, Bundi, dipamerkan di muzium LACMA
GabunganAditya
Deea
Tempat tinggalJaloka, Lautan
ManteraOm Varunaaya Namah
TungganganMakara
Maklumat peribadi
Ibu bapaKasyapa dan Aditi
Adik-beradikAgni, Bayu, Indera, Samudrra, dsb.
PasanganWaruni
Kesetaraan
Kesetaraan YunaniPoseidon
Kesetaraan RomNeptun

Waruna (Jawi: وارونا ejaan lama ورون‎) atau Baruna (Jawi: بارونا ejaan lama برون‎; Sanskrit: वरुण, rumi: Varuṇa) ialah seorang dewa Hindu disebutkan dalam kitab suci Veda dan awalnya dikaitkan dengan langit, kemudian dengan lautan bersama-sama dengan Rita (keadilan) dan Satya (kebenaran). Dewa ini dijumpai dalam pustaka tertua dalam Veda Hindu, seperti gita puja 7.86 dalam Rig Veda. Dia juga disebut dalam karya nahu bahasa Tamil, Tolkāppiyam, sebagai dewa laut dan hujan.

Dalam Purana Hindu, Waruna ialah dewa lautan, wahananya (kenderaan) ialah Makara (sebahagian ikan, sebahagian makhluk darat) dan senjatanya ialah Pasa (suatu tali penjerut). Dewa ini ialah tuhan penjaga arah barat. Dalam beberapa kitab, dia ialah bapa kepada seorang pendeta Veda bernama Wasista.

Waruna juga wujud dalam kepercayaan Buddha Jepun dengan nama Suiten. Juga didapati dalam Jainisme.