Bahasa Tamil

Bahasa Tamil
Tamiḻ
தமிழ்
Perkataan "Tamil" dalam tulisan Tamil
Sebutan[t̪amiɻ]; sebutan
Asli kepadaIndia and Sri Lanka
KawasanTamil Nadu (India)
Wilayah Utara dan Wilayah Timur (Sri Lanka)
EtnikOrang Tamil
Penutur bahasa
78 juta (2011–2019)
penutur L2: 8 juta (2011)
Dravidia
Bentuk awal
Tamil Kuno
  • Tamil Pertengahan
Tamil (Brahmi)
Tamil-Brahmi (dulu)
Grantha (dulu)
Vatteluttu (dulu)
Pallava (dulu)
Kolezhuthu (dulu)
Arwi (Abjad)
Braille Tamil (Bharati)
Rumi (tak formal)
Bentuk bahasa isyarat
Bahasa Isyarat Tamil
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 India

 Sri Lanka
 Singapura

Pertubuhan
 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara
Bahasa minoriti
dikenali di
Kod bahasa
ISO 639-1ta
ISO 639-2tam
ISO 639-3Salah satu:
tam – Tamil Moden
oty – Tamil Kuno
oty Tamil Kuno
Glottologtami1289  Modern Tamil
oldt1248  Old Tamil
Linguasphere49-EBE-a

Bahasa Tamil (Tulisan Tamil: தமிழ் har. tamiḻ) merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravida. Ditutur secara meluas oleh orang Tamil di selatan anak benua India dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain termasuk Malaysia. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.

Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi.

Nama 'Tamil' bersempena bentuk "pembaratan" bagi nama asal தமிழ் (/t̪ɐmɨɻ/). Huruf terakhir nama tersebut, yang lazimnya ditranskripsi sebagai huruf kecil l atau zh, merupakan l yang dihasilkan apabila menggulungkan lidah ke belakang. Dalam transkripsi fonetik, simbol penggeseran gelungan.