Katha Upanishad

Katha Upanishad (Sanskrit: कठोपनिषद्, IAST: Kaṭhopaniṣad) ialah sebuah teks purba Hindu dan merupakan salah satu daripada Upanishad mukhya (utama), yang terkandung dalam lapan bahagian pendek terakhir mazhab Kaṭha dalam Krishna Yajurveda. Ia juga dikenali sebagai Kāṭhaka Upanishad, dan disenaraikan sebagai nombor 3 dalam kanun Muktika yang mengandungi 108 Upanishad.

Katha Upanishad terdiri daripada dua bab (Adhyāya), yang masing-masing dibahagikan kepada tiga bahagian (Valli). Adhyaya yang pertama dianggap berasal daripada zaman yang lebih awal berbanding yang kedua. Upanishad ini memuatkan kisah lagenda seorang kanak-kanak lelaki bernama Nachiketa – anak kepada Rishi Vajasravasa, yang bertemu dengan Yama (raja kematian). Perbualan antara mereka berkembang menjadi satu wacana tentang hakikat insan, pengetahuan, Atman (Diri), dan moksha (pembebasan).

Kisah Naciketa dan Yama (dewa kematian) adalah sangat purba, dan disebutkan juga dalam Rigveda. Taittiriya Brahmana turut memberikan gambaran ringkas tentang kisah ini. Dalam Upanishad ini, kisah tersebut mendapat huraian yang lebih mendalam. Malah, seluruh karya ini disampaikan dalam bentuk dialog antara Naciketa dan Yama. Ia merangkumi enam vallī atau seksyen, dengan jumlah keseluruhan sebanyak 119 śloka (ayat).

Kaṭha Upaniṣad bukan sekadar sebuah teks kerohanian, tetapi juga sebuah refleksi sejarah kesedaran falsafah sejagat yang merentas tamadun.