Falsafah Vedanta

Vedanta (/veɪˈdɑːntə/; Sanskrit: वेदान्त, IAST: Vedānta [ʋeːdɑ́ːntɐ]), yang juga dikenali sebagai Uttara Mimamsa, ialah salah satu daripada enam aliran falsafah dan tafsiran teks Hindu yang ortodoks (atau dikenali sebagai "astika").

Manusia sering digambarkan sebagai binatang yang berfikir. Apabila nafsu binatangnya dipuaskan, dia berpeluang untuk maju ke tahap evolusi yang lebih tinggi. Falsafah, termasuk metafizik, adalah satu aspek tertinggi evolusi ini.

Perkembangan sistem falsafah India adalah dipengaruhi oleh dua faktor utama, iaitu proses intelektual dan pengalaman mistik. Oleh itu, falsafah India juga dikenali sebagai ‘Darśana’ (secara literal bermaksud ‘dilihat’).