Kesultanan Johor-Riau

Kesultanan Johor Lama
کسلطانن جوهر لاما (Jawi)
1528–1830
Bendera
(~1818–1830)
Peta Kesultanan Johor Lama sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
StatusPenerus Kesultanan Melaka dan sebuah empayar
Ibu negara
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu Klasik
Agama
Sunni Islam
KerajaanSistem beraja
Sultan 
• 1528–1564
Sultan Alauddin Riayat Shah II (Sultan pertama)
• 1812–1830
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Sultan terakhir)
Bendahara 
• 1513–1520
Tun Khoja Ahmad (Bendahara pertama)
• 1806–1830
Tun Ali (Bendahara terakhir)
Sejarah 
• Diasaskan
1528
• Takhta Kesultanan Johor Lama dan Kesultanan Pahang Tua disatukan
1623
1641
• Riau diduduki oleh Belanda
1784–1795
6 Februari 1819
17 Mac 1824
• Singapura diserahkan kepada British melalui Perjanjian 1824
2 Ogos 1824
• Dibubarkan melalui Perjanjian 1830 (Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan)
29 Oktober 1830
Mata wangJongkong timah, emas and syiling perak
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Pahang
Kesultanan Siak
Kesultanan Riau-Lingga
Negeri-Negeri Selat
Kerajaan Temenggung Johor
Kesultanan Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan Lama
Kerajaan Pahang
Sekarang sebahagian dari Malaysia
 Singapura
 Indonesia

Kesultanan Johor Lama (Jawi: کسلطانن جوهر لاما), juga dikenali sebagai Kesultanan Johor-Pahang, Kesultanan Johor-Riau, Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang dan Empayar Johor, ialah sebuah kerajaan Melayu Islam yang diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II pada tahun 1528.

Sebelum tahun 1528, Johor ialah sebahagian daripada Kesultanan Melaka (1400-1511). Selepas Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Melaka terakhir, Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Pahang dan kemudian ke Bintan. Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan semula Melaka daripada Portugis tetapi gagal. Walaupun Kota Melaka telah ditawan oleh Portugis, baginda masih dianggap sebagai Sultan Melaka oleh wilayah-wilayah taklukan Kesultanan Melaka. Apabila Portugis menyerang Bintan pada tahun 1526, Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar dan kemudian mangkat pada tahun 1528. Anakandanya, Sultan Alauddin Riayat Shah II kemudian berpindah ke Johor dan menubuhkan pusat pemerintahannya di sana lalu menjadi Sultan Johor pertama.

Pada zaman kegemilangan Kesultanan Johor Lama, kesultanan ini memerintah wilayah yang kini merupakan Johor, Pahang, Terengganu, dan wilayah yang terbentang dari Sungai Klang ke Sungai Linggi (kini merangkumi Selangor dan luak-luak di Negeri Sembilan), Tanjung Tuan (Melaka), Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Karimun, pulau-pulau di Bintan, Bulang, Lingga dan Bunguran, dan Bengkalis, Kampar dan Siak di Sumatera.

Kesultanan Johor Lama berakhir pada tahun 1830 apabila Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan di Alam Melayu melalui Perjanjian 29 Oktober 1830 antara Kesultanan Johor Lama dan Belanda di mana Kepulauan Riau dan Kepulauan Lingga kekal di bawah pemerintahan Sultan Johor ke-16, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah manakala negeri Johor dan negeri Pahang menjadi negeri merdeka yang bebas daripada pemerintahan baginda. Maka, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah secara rasmi menjadi Sultan Johor terakhir dan kemudian menjadi Sultan Riau-Lingga pertama pada tahun 1830. Kesultanan Riau-Lingga wujud sebagai kesinambungan Kesultanan Johor Lama tetapi berada di bawah naungan Belanda.