Proklamasi Darurat 2021
| Sebahagian daripada Darurat di Malaysia dan Sejarah Malaysia | |
| Tarikh | 12 Januari 2021 – 1 Ogos 2021 (kecuali Sarawak, sejak 12 Januari 2021) |
|---|---|
| Penyebab | |
| Hadirin | |
| Hasil |
|
Sebahagian daripada siri tentang |
|---|
| Sejarah Malaysia |
| Portal Malaysia |
Proklamasi Darurat 2021 merupakan sebuah pengisytiharan darurat di seluruh Malaysia pada 12 Januari 2021 sebagai sebuah langkah dalam membendung penularan wabak penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) di dalam negara. Pengisytiharan darurat ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. Darurat ini dikuatkuasakan hingga 1 Ogos 2021 menyebabkan sistem perundangan digantung di peringkat persekutuan (Parlimen) dan negeri (Dewan Undangan Negeri). Perkara ini sekali gus menghalang penganjuran sebarang pilihan raya umum di Malaysia.