Sultan Selangor
| Sultan dan Yang di-Pertuan Besar Bagi Negeri Selangor serta segala daerah takluknya | |
|---|---|
Negeri | |
| Penjawat kini | |
| Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj sejak 22 November 2001 | |
| kemahkotaan 8 Mac 2003 | |
| Butiran | |
| Gelaran | Duli Yang Maha Mulia |
| Pewaris takhta | Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj |
| Penyandang pertama | Sultan Salahuddin Shah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak |
| Kerabat | Wangsa Opu Daeng Chelak dari Wangsa Diraja Bugis Riau dari Wangsa Diraja Bugis Luwu (berasal dari Sulawesi Selatan) |
| Pembentukan | 1743 |
| Persemayaman | Istana Alam Shah, Klang |
| Laman sesawang | www |
Sultan Selangor ialah gelaran raja berperlembagaan di Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Gelaran rasmi Sultan Selangor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya".
Sultan Selangor berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri dan juga Kapten Yang di-Pertuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).