Perlanggaran LRT Kelana Jaya 2021
| Kemalangan LRT Kelana Jaya 2021 کمالڠن ايل. ار. تي. کلان جاي 2021 | |
|---|---|
Bombardier Innovia Metro 300, jenis tren LRT yang terlibat dalam kemalangan | |
| Butiran | |
| Tarikh | 24 Mei 2021 20:45 MYT (Waktu Malaysia) |
| Koordinat | 03°09′41″N 101°42′28″E / 3.16139°N 101.70778°E |
| Lokasi | Di antara Stesen LRT Kampung Baru dan Stesen LRT KLCC |
| Negara | Malaysia |
| Laluan/landasan | Laluan LRT Kelana Jaya |
| Pengendali | RapidKL |
| Jenis insiden | Perlanggaran depan tren |
| Sebab | Dalam siasatan |
| Perangkaan | |
| Kereta api | 2 (tren nombor 40 dan 81) |
| Meninggal dunia | 0 |
| Tercedera | 213 penumpang tercedera:
|
| sunting · sunting di Wikidata | |
Perlanggaran LRT Kelana Jaya 2021 (Tulisan Jawi: ڤلڠݢرن ايل. ار. تي. کلان جاي 2021) ialah kemalangan kereta api yang berlaku pada 24 Mei 2021, 20:45 waktu Malaysia, apabila dua buah tren transit aliran ringan (LRT) bertembung di laluan Kelana Jaya di antara Stesen LRT Kampung Baru dengan Stesen LRT KLCC. Kemalangan tersebut mencederakan 213 orang penumpang, termasuk 166 orang cedera ringan dan 47 orang cedera parah.
Kemalangan ini merupakan kemalangan pertama yang berlaku di laluan Kelana Jaya sejak perkhidmatannya bermula pada 1998 dan kemalangan kereta api terburuk di Malaysia setakat ini.