Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia
9M-MRD, kapal Boeing 777-200ER yang terlibat dalam kejatuhan, dilihat di Rome pada bulan Oktober 2011 | |
| Kejadian | |
|---|---|
| Tarikh | 17 Julai 2014 |
| Ringkasan | Ditembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara Buk dari Rusia |
| Tapak kejadian | Dekat Hrabove, Wilayah Donetsk, Ukraine 48°7′56″N 38°39′19″E / 48.13222°N 38.65528°E |
| Pesawat | |
| Jenis pesawat | Boeing 777-200ER |
| Pengendali | Penerbangan Malaysia |
| Kod pendaftaran | 9M-MRD |
| Asal penerbangan | Lapangan Terbang Schiphol |
| Destinasi | Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur |
| Penumpang | 283 |
| Anak kapal | 15 |
| Kematian | 298 (semua) |
| Terselamat | 0 |
Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17/MAS17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM (KL4103/KLM4103) melalui perkongsian kod, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia berdekatan Torez di wilayah yang ditakluk kumpulan pemisah, Donetsk, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia . Pesawat telah ditembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara buatan Rusia, BUK 9M83, pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.
Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara jenis BUK oleh para pemisah pro-Rusia semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang.
Sebahagian daripada siri tentang |
|---|
| Sejarah Malaysia |
| Portal Malaysia |