Serangan bom tangan Movida Bar 2016

Serangan bom tangan Movida Bar 2016
LokasiPuchong, Selangor, Malaysia
Koordinat3°02′46″N 101°37′15″E / 3.04624°N 101.6208°E / 3.04624; 101.6208
Tarikh28 Jun 2016
02:15 pagi WPM (UTC+08:00)
SasaranOrang awam
Jenis serangan
Serangan bom tangan
SenjataBom tangan
Kematian0
Tercedera8
PelakuNegara Islam Iraq dan Syam
PenyerangImam Wahyudin Karjono
Jonius Ondie
Bil. pelaku
2
sunting · sunting di Wikidata

Serangan bom tangan Movida Bar merujuk kepada sebuah insiden keganasan yang berlaku pada 28 Jun 2016 di sebuah bar yang terletak di Puchong, Selangor,13 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Serangan itu dilakukan oleh dua orang penyerang, yang melemparkan bom tangan ke bar ketika 20 orang pelanggan sedang menyaksikan perlawanan UEFA Euro 2016 antara Itali dan Sepanyol. Serangan itu mencederakan lapan orang, termasuk seorang warga asing dari China. Penyerang tersebut meninggalkan tempat kejadian dengan motosikal tetapi akhirnya ditangkap. Serangan itu digambarkan sebagai serangan keganasan Islam yang pertama ke atas negara yang dilakukan oleh militan Malaysia yang dikaitkan dengan Negara Islam Iraq dan Syam.