Kawat Maut Sandakan

Kawat Maut Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 2,434 tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan. Peristiwa ini secara meluas dianggap sebagai kekejaman paling buruk yang pernah dialami oleh anggota tentera Australia semasa Perang Dunia Kedua.