Tanjungpinang

Tanjungpinang
Kota Tanjungpinang
Bandar
Bandar Tanjungpinang
Transkripsi tempatan
 • Jawiتنجوڠ ڤينڠ
 • Cina丹戎檳榔/廖都
Dari atas, kiri ke kanan: Pandangan bandar dari Pulau Dompak, rumah gabenor Kepulauan Riau, makam raja Riau, Tugu Raja Haji Fisabilillah, dan Muzium Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah
Nama panggilan: Bandar Gurindam
Cogan kata: Jujur Bertutur, Bijak Bertindak
Lokasi dalam Kepulauan Riau
Tanjungpinang
Lokasi di Bintan, Kepualauan Riau dan Indonesia
Tanjungpinang
Tanjungpinang (Indonesia)
Koordinat: 0°55′08″N 104°27′19″E / 0.918773°N 104.455415°E / 0.918773; 104.455415
Negara Indonesia
WilayahSumatera
Provinsi Kepulauan Riau (provinsi)
DidudukiAwal abad ke-3
Diasaskan6 Januari 1784
Diperbadankan21 Jun 2001
Pentadbiran
 • Datuk BandarH. Lis Darmansyah, S.H.
 • Timbalan Datuk BandarDrs. H. Raja Ariza, M.M.
Keluasan
 • Jumlah812.7 km2 (313.8 batu persegi)
 • Tanah144.56 km2 (55.81 batu persegi)
Aras
18 m (59 ft)
Penduduk
 (anggaran pertengahan 2023)
 • Jumlah234,840
 • Kepadatan290/km2 (750/batu persegi)
Zon waktuUTC+7 (Waktu Indonesia Barat)
Area code(+62) 771
Laman sesawangtanjungpinangkota.go.id

Tanjungpinang, juga sering ditulis Tanjung Pinang, ialah bandar utama bagi provinsi Kepulauan Riau, Indonesia. Ia meliputi tanah seluas 144.56 km2, terutama di bahagian selatan Pulau Bintan, begitu juga pulau-pulau lain yang lebih kecil seperti Pulau Dompak dan Pulau Penyengat. Dengan penduduk seramai 227,663 setakat Bancian 2020, ia menjadi bandar kedua terbesar bagi provinsi tersebut, selepas Batam; anggaran rasmi setakat pertengahan 2023 ialah 234,840 (merangkumi 118,600 lelaki dan 116,250 perempuan). Tanjungpinang ialah bandar bersejarah bagi budaya Melayu, dan pernah menjadi bandar utama bagi Kesultanan Johor dan Kesultanan Riau-Lingga.

Tanjungpinang – yang namanya diambil dari kedudukan pokok pantai yang menjulur ke laut – menempatkan tempat strategik di selatan Pulau Bintan, mengawal muara Sungai Bintan. Tanjungpinang mempunyai hubungan feri dan bot laju ke Batam, Singapura (40 km jauh), dan Johor Bahru. Bandar ini tersedia dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Haji Fisabilillah, terletak kira-kira 7 km timur pusat bandar.

Melangkaui abad, Tanjungpinang pernah berada di bawah kawalan Sumatera (Srivijaya), Melaka, Belanda, Inggeris, dan Jepun. Sentuhan asing ini mempengeruhai budayanya, juga menjadi pusat laluan kebudayaan dan perdagangan Melayu. Pada abad ke-18, iamenjadi bandar utama bagi Empayar Johor-Riau-Lingga.