Perikatan Nasional
Perikatan Nasional ڤريكتن ناسيونل | |
|---|---|
| Singkatan | PN PERIKATAN |
| Pemimpin/ketua | Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin |
| Presiden | Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin |
| Pengerusi | Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin |
| Setiausaha am | Dato' Seri Mohamed Azmin Ali |
| Jurucakap | Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin |
| Timbalan Pengerusi | |
| Bendahari Agung | Kosong |
| Ketua Wanita | Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin |
| Ketua Pemuda | Afnan Hamimi Taib Azamudden |
| Ketua Pengarah Pilihan Raya | Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor |
| Pengasas | Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin |
| Diasaskan | 23 Februari 2020 |
| Didaftarkan | 7 Ogos 2020 |
| Disahkan | 14 September 2020 (Disahkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai 'parti politik') |
| Penggabungan | Gabungan parti-parti nasional di Malaysia |
| Pecahan | Barisan Nasional (BN) Pakatan Harapan (PH) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) |
| Didahului oleh | Persatuan Perikatan Parti Malaysia |
| Ibu pejabat | Ibu Pejabat Perikatan Nasional, Rumah PERIKATAN, B4-3-1 Urbane Tower 1 Jalan Dutamas 1 Solaris Dutamas 50480 Kuala Lumpur |
| Akhbar | PNBEST News |
| Badan pemikir | PN Coalition Intelligence and Analysts Association (PN Analysts Association) |
| Sayap penyokong PNBEST | |
| Keanggotaan | PAS GERAKAN BERSATU MIPP |
| Ideologi | Ketuanan Melayu Demokrasi Islam Malaysia Konservatisme nasional |
| Kedudukan politik | Tengah kanan ke sayap kanan |
| Agama | Islam (Ahli Sunnah Wal Jama'ah) |
| Hubungan kebangsaan | Malaysia |
| Hubungan serantau | Asia Tenggara |
| Hubungan benua | ASIA |
| Hubungan antarabangsa | Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Konservatisme |
| Warna | Biru Gelap dan Putih |
| Slogan | "Mengeratkan perpaduan" (14 September 2020 - 2 Oktober 2020) "Satukan rakyat bersama Perikatan Nasional" (7 Oktober 2020 - 29 Oktober 2022) "Prihatin, Bersih dan Stabil" (sejak 30 Oktober 2022) "BERSATU, BERGERAK, SE-MALAYSIA" (slogan rasmi sejak 21 Mac 2025) |
| Lagu | Kami Perikatan Nasional |
| Tapak sesawang | perikatan-nasional.org.my |
| Pautan lain | |
| Dewan Negara | 8 / 70
|
| Dewan Rakyat | 74 / 222
|
| Dewan Undangan Negeri | 202 / 607
|
| Menteri Besar dan Ketua Menteri | 4 / 13
|
| Simbol pilihan raya | |
(seluruh Malaysia kecuali Kelantan dan Terengganu) (hanya di Kelantan dan Terengganu) | |
| Bendera parti | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Malaysia |
Sebahagian daripada siri tentang |
|---|
| Sejarah Malaysia |
| Portal Malaysia |
Perikatan Nasional (singkatan: PN), juga dikenali sebagai PERIKATAN ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada 4 buah parti komponen. Parti ini didaftarkan pada tarikh 7 Ogos 2020 dan disahkan pada September 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan kerajaan baru Malaysia pada 10 Mac 2020. Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh Kabinet Muhyiddin (juga dikenali sebagai Kabinet Pertama Mahiaddin Yassin) yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Gabungan ini didahului oleh Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM).
PN berjaya memenangi 73 kerusi dan menjadi blok kedua terbesar selepas Pakatan Harapan di Dewan Rakyat; dipanggil oleh sebahagian pihak sebagai "Gelombang Hijau". PN di Dewan Rakyat diketuai oleh Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. PN juga merupakan kerajaan memerintah di empat buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.