Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka کسلطانن ملايو ملاک | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1400–1528 | |||||||||||||||
Bendera | |||||||||||||||
Keluasan wilayah pada abad ke-15 | |||||||||||||||
| Ibu negara | Melaka | ||||||||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Melayu Klasik | ||||||||||||||
| Agama | Islam, Ahli Sunah Waljamaah | ||||||||||||||
| Kerajaan | Raja mutlak | ||||||||||||||
| Sultan | |||||||||||||||
• 1400–1414 | Parameswara | ||||||||||||||
• 1414–1424 | Megat Iskandar Shah | ||||||||||||||
• 1424–1444 | Muhammad Shah | ||||||||||||||
• 1444-1446 | Abu Syahid Shah | ||||||||||||||
• 1446-1459 | Muzaffar Shah | ||||||||||||||
• 1459-1477 | Mansur Shah | ||||||||||||||
• 1477–1488 | Alauddin Riayat Shah | ||||||||||||||
• 1488–1511 | Mahmud Shah | ||||||||||||||
• 1511–1513 (de facto) | Ahmad Shah | ||||||||||||||
• 1513–1528 | Mahmud Shah (Pemerintahan ke-2) | ||||||||||||||
| Bendahara | |||||||||||||||
• 1510–1511 |
| ||||||||||||||
| Sejarah | |||||||||||||||
• Didirikan | 1400 | ||||||||||||||
• Penaklukan Melaka (1511)
| 1528 | ||||||||||||||
| Mata wang | Emas dan perak | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
| Sekarang sebahagian dari | Malaysia Indonesia Singapura Thailand | ||||||||||||||
Kesultanan Melayu Melaka (Jawi: کسلطانن ملايو ملاک) merupakan sebuah Empayar Islam Melayu yang berpusat di Melaka, ditubuhkan sekitar tahun 1400 oleh Parameswara, seorang keturunan raja Empayar Hindu-Buddha Melayu Srivijaya dari Palembang, Sumatra. Baginda kemudiannya dikenali sebagai Iskandar Shah selepas memeluk Islam menerusi perkahwinannya dengan seorang puteri Kesultanan Samudera Pasai, Aceh yang merupakan kerajaan Islam yang pertama di Nusantara. Pemerintahannya pada abad ke-15 telah mengasaskan Melaka yang menjadi pelabuhan perdagangan antarabangsa dan pusat ilmu Islam utama di Nusantara. Empayar ini menguasai Selat Melaka dan wilayah yang meliputi Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, serta pantai utara Sumatera. Sebagai pusat penyebaran Islam, bahasa Melayu Klasik, dan budaya Melayu, kesultanan ini amat berpengaruh dalam pembentukan alam Melayu. Kejatuhan Melaka adalah kerana penaklukan Empayar Kristian Portugis pada 1511, namun budaya warisannya terus mengakar dalam istiadat kesultanan-kesultanan Melayu lain di sekitar Nusantara sehingga ke hari ini.