Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
Sultan Johor-Pahang
Pemerintahan14 Januari 1812 – 29 Oktober 1830
Pertabalan14 Januari 1812 (kali pertama; tidak dapat dinobatkan)
November 1823 (kali kedua; dapat dinobatkan)
Didahului olehSultan Mahmud Riayat Shah III (sebagai Sultan Johor-Pahang)
Diikuti olehSultan Hussein Muhammad Shah (sebagai Sultan Johor)
Bendahara
(Raja Bendahara
Pahang)
Tun Ali (1806 – 1847)
Yang Dipertuan MudaRaja Jaafar (1806 – 1831)
Sultan Riau-Lingga
(Sultan de jure Johor-Pahang)
Pemerintahan29 Oktober 1830 – 9 Ogos 1832
Pengiktirafan29 Oktober 1830 (oleh Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar dan Belanda melalui Perjanjian 29 Oktober 1830)
Didahului olehTiada (Kesultanan Riau-Lingga ditubuhkan pada tahun 1830)
Diikuti olehSultan Muhammad II Muazzam Shah (masih dianggap sebagai Sultan Johor-Pahang)
Bendahara de jure
(Raja Bendahara
Pahang)
Tun Ali (1806 – 1847)
Yang Dipertuan MudaRaja Jaafar (1806 – 1831)
KeputeraanTengku Abdul Rahman ibni Sultan Mahmud Riayat Shah III
1780
Tanjung Pinang, Kepulauan Riau
Kemangkatan9 Ogos 1832
Kepulauan Lingga
Pemakaman9 Ogos 1832
Bukit Cengkeh, Daik, Kepulauan Lingga
Pasangan1. Raja Antia Tik Fatima binti Raja Sulaiman
2. Inche Ayu Buruk
3. Tengku Suanhit binti Sultan Zainal Abidin II
Anakanda1. Sultan Muhammad II Muazzam Shah
2. Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah
3. Tengku Wuk Daud
4. Tengku Mahmud
5. Tengku Kechil
6. Tengku Tengah Aisha
7. Tengku Andak
8. Tengku Hitam
9. Tengku Mandak
10. Tengku Maimuna
11. Tengku Prabhu (Perbu)
WangsaWangsa Bendahara
AyahandaSultan Mahmud Riayat Shah III
BondaInche Mariam binti Dato' Hasan
AgamaSunni Islam

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah ibni Sultan Mahmud Riayat Shah III (1780 – 9 Ogos 1832) ialah Sultan Johor ke-16 dan Sultan Pahang ke-23 dari tahun 1812 hingga tahun 1830. Baginda merupakan Sultan Johor-Pahang terakhir kerana Bendahara Johor-Pahang yang juga Raja Bendahara Pahang, Bendahara Tun Ali tidak mengiktiraf Sultan Hussein Muhammad Shah dan Sultan Ali Iskandar Shah sebagai Sultan Johor yang sah kerana pertabalan Sultan Hussein Muhammad Shah sebagai Sultan Johor yang dilakukan tanpa alat kebesaran diraja Kesultanan Johor Lama adalah tidak sah menurut adat Melayu.

Baginda juga merupakan Sultan Riau-Lingga pertama kerana negeri Johor dan negeri Pahang tidak lagi berada di bawah kekuasaannya selepas Perjanjian 29 Oktober 1830 yang menguatkuasakan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 di Alam Melayu ditandatangani oleh Yang Dipertuan Muda Riau ke-6, Raja Jaafar yang menyebabkan Kesultanan Johor Lama berakhir pada tahun 1830 lalu bermulanya Kesultanan Riau-Lingga yang meliputi Kepulauan Riau dan Kepulauan Lingga serta pulau-pulau di sekitarnya. Walaupun begitu, para pembesar Melayu masih menganggap baginda sebagai Sultan Johor-Pahang sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1832.