Konfrontasi Indonesia–Malaysia

Konfrontasi Indonesia-Malaysia

Kawalan di pulau Borneo yang menjadi isu besar kepada konfrontasi ini.
Tarikh19631966
Lokasi
Keputusan Kemenangan Malaysia - Komanwel
Perubahan
wilayah
Sarawak (Kalimantan Utara) menjadi sebahagian dari Malaysia.
Pihak yang terlibat
 Malaysia
 United Kingdom
 New Zealand
 Australia
 Brunei
 Singapura

Disokong oleh:

 Kanada
 Amerika Syarikat
 Indonesia

Disokong oleh:

 Republik Rakyat China
 Filipina
 Kesatuan Soviet
Komandan dan pemimpin
Tunku Abdul Rahman
Walter Walker
Yusof Ishak
Sultan Omar Ali Saifuddien
Soekarno
Omar Dani
Soeharto
Abdul Harris Nasution
Kekuatan
tidak diketahui tidak diketahui
Kerugian dan korban
114 terbunuh
181 cedera
590 terbunuh
222 cedera

Konfrontasi Indonesia–Malaysia ialah sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963.

Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di Nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.