Sultan Johor

Sultan Yang di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim
Wilayah/Negeri
Penjawat kini
Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar
sejak 23 Januari 2010
Kemahkotaan 23 Mac 2015
Butiran
Pewaris takhta
  1. Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim
    (Tunku Mahkota Johor)
  2. Tunku Iskandar ibni Tunku Ismail
    (Raja Muda Johor)
Penyandang pertama
  1. Sultan Alauddin Riayat Shah II
    (Sultan Johor pertama daripada Wangsa Melaka-Johor)
  2. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV
    (Sultan Johor pertama daripada Wangsa Bendahara)
  3. Temenggung Tun Daeng Ibrahim
    (Temenggung Johor pertama menjadi Pemerintah Johor)
  4. Maharaja Abu Bakar
    (Maharaja Johor pertama daripada Wangsa Temenggung)
  5. Sultan Abu Bakar
    (Sultan Johor pertama daripada Wangsa Temenggung)
Pembentukan1528 (1528)
PersemayamanIstana Bukit Serene, Johor Bahru

Sultan Johor (Jawi: سلطان جوهر) ialah jawatan warisan dan raja pemerintah negeri Johor di Malaysia. Pada zaman dahulu, Sultan memiliki kuasa mutlak dan dinasihati oleh Bendahara. Pada zaman sekarang, peranan Bendahara Johor diambil alih oleh Menteri Besar Johor.

Gelaran rasmi bagi Sultan Johor ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Yang di-Pertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim" (Jawi: دولي يڠ مها موليا سلطان يڠ دڤرتوان باڬي نڬري دان ججهن تعلوق جوهر دارالتعظيم)