Kebakaran paip gas Putra Heights 2025
| Tarikh | 1 April 2025; 6 bulan yang lalu |
|---|---|
| Masa | 08:10 (UTC+08:00) (MST) |
| Tempoh | Paling kurang 3 jam |
| Lokasi | Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia |
| Koordinat | 3°00′21″N 101°34′57″E / 3.005913°N 101.582601°E |
| Jenis | Kebocoran saluran gas asli |
| Kematian | 0 |
| Kecederaan | 145 |
Harta benda rosak | 190 rumah dan 159 kenderaan |
Pada 1 April 2025, sebuah kemalangan industri besar berlaku di Putra Heights, Subang Jaya, di Selangor, Malaysia, apabila saluran paip gas milik Petronas bocor lalu mengakibatkan letupan dan kebakaran besar. Kebakaran yang bermula pada waktu pagi, bertepatan dengan hari kedua sambutan Aidilfitri menghasilkan api sepanjang kira-kira 500 meter yang boleh dilihat dari jarak yang jauh. Insiden itu menyebabkan kecederaan kepada 145 individu, dengan 104 memerlukan kemasukan ke hospital, dan memerlukan pemindahan kecemasan di daerah kediaman sekitar. Pada 5 April 2025, Menteri Besar Selangor mengumumkan bahawa kerja-kerja pembukaan saliran akan dibuat bermula esok (6 April) untuk mengalirkan air keluar dari Taman Putra Harmoni, Putra Heights, dan Subang Jaya bagi mengelakkan tapak letupan ditangkungi air. ini kerana aliran air dari taman berkenaan terus ke tapak kebakaran meskipun telah dipam.
“Ini penting untuk kita menstabilkan kawasan itu sebelum langkah-langkah susulan dapat diambil dan sebahagiannya untuk melengkapkan proses siasatan."
“Jadi, kalau ada apa-apa aktiviti esok (6 April) jangan terperanjat (dengan kemasukan jengkaut) kerana ia telah dibincangkan tadi (dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri)."