Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو | |
|---|---|
| Nama Bahasa Inggeris | United Malay National Organisation |
| Singkatan | PEKEMBAR, UMNO |
| Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
| Pengerusi | Badruddin Amiruddin |
| Setiausaha agung | Tengku Adnan Tengku Mansor |
| Setiausaha am | Asyraf Wajdi Dusuki |
| Jurucakap | Azalina Othman Said |
| Timbalan Presiden | Mohamad bin Hasan |
| Naib Presiden | |
| Ketua Wanita | Noraini Ahmad |
| Ketua Pemuda | Muhamad Akmal Saleh |
| Ketua Puteri | Nurul Amal Mohd Fauzi |
| Pengasas | Onn Jaafar |
| Diasaskan | 11 Mei 1946 |
| Didaftarkan | 11 Mei 1946 |
| Disahkan | 13 Februari 1988 |
| Dibubarkan | 4 Februari 1988 |
| Didahului oleh | Pertubuhan Melayu Bersatu |
| Ibu pejabat | Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur |
| Akhbar | New Straits Times Berita Harian Harian Metro |
| Sayap belia/pemuda | Pergerakan Pemuda UMNO |
| Sayap wanita | Wanita UMNO |
| Sayap beliawanis | Pergerakan Puteri UMNO |
| Sekolah Politik | Sekolah Patriotik UMNO |
| Keanggotaan (2025) | 3.4 Juta |
| Ideologi | Nasionalisme, Konservatisme Demokrasi Islam |
| Kedudukan politik | Parti haluan kanan jauh |
| Agama | Islam: Ahli Sunah Waljamaah |
| Hubungan kebangsaan | Parti Perikatan (1952-1973) Barisan Nasional (1973–kini) Muafakat Nasional (2019-2022) Kerajaan Perpaduan (2022-kini) |
| Warna | Merah dan putih1 |
| Slogan | Bersatu, Bersetia, Berkhidmat |
| Lagu | Bersatu, Bersetia, Berkhidmat |
| Tapak sesawang | umno umno-online |
| Pautan lain | |
| Dewan Negara: | 8 / 70 |
| Dewan Rakyat: | 26 / 222 |
| Dewan Undangan Negeri: | 103 / 607 |
| Simbol pilihan raya | |
| Catatan kaki | |
| Merah putih telah digunakan semenjak sebelum kemerdekaan | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Malaysia |
Sebahagian daripada siri tentang |
|---|
| Sejarah Malaysia |
| Portal Malaysia |
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن کبڠساءن ملايو برساتو, juga dikenali sebagai PEKEMBAR (Jawi: ڤکمبر) atau UMNO; /ˈəmnoʊ/ ) ialah sebuah parti politik yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). UMNO merupakan parti politik utama bagi gabungan politik Barisan Nasional (BN) yang kini merupakan salah satu parti komponen Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan serta parti pemerintah tunggal di Melaka dan Johor. UMNO berada di blok pembangkang di Kelantan dan Sabah serta tidak membuka cawangan di Sarawak.
UMNO dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.