Kesultanan Riau-Lingga

Kesultanan Riau-Lingga
کسلطانن رياو-ليڠڬا (Jawi)
Sultanaat van Riau en Lingga (Belanda)
1830–1911
Bendera Jata
Wilayah Kesultanan Riau-Lingga yang ditandakan dengan warna merah
StatusPenerus Kesultanan Johor Lama dan negeri naungan Belanda
Ibu negaraTanjung Pinang, Riau
(Pusat pemerintahan 1830–1900)
(Istana diraja dan pusat pemerintahan 1900–1911)
Daik, Lingga
(Istana diraja 1830–1900)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu
Agama
Sunni Islam
KerajaanSistem beraja
Sultan 
• 1830–1832
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
• 1832–1835
Sultan Muhammad II Muazzam Shah
• 1835–1857
Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah
• 1857–1883
Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah
• 1883–1911
Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah
Yang Dipertuan Muda 
• 1830–1831
Raja Jaafar
• 1831–1844
Raja Abdul Rahman
• 1844–1857
Raja Ali
• 1857–1858
Raja Haji Abdullah
• 1858–1899
Raja Muhammad Yusuf
Era SejarahEmpayar Belanda
17 Mac 1824
• Perjanjian 1830 (Penubuhan Kesultanan Riau-Lingga)
29 Oktober 1830
• Perjanjian 1857 (Kesultanan Riau-Lingga mengakui ketuanan Belanda)
1 Disember 1857
• Dibubarkan oleh Belanda
10 Februari 1911
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Johor Lama
Hindia Timur Belanda
Sekarang sebahagian dari Indonesia

Kesultanan Riau-Lingga (Jawi: کسلطانن رياو-ليڠڬا), atau Kesultanan Lingga-Riau atau Kesultanan Riau dan Lingga atau Kesultanan Lingga dan Riau atau Kesultanan Riau atau Kesultanan Lingga, adalah sebuah kerajaan Melayu Islam yang terdiri daripada Kepulauan Riau dan Kepulauan Lingga dan wujud dari tahun 1830 hingga tahun 1911. Kesultanan Riau-Lingga merupakan kesinambungan langsung Kesultanan Johor Lama (1528-1830). Kesultanan Riau-Lingga wujud apabila Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dikuatkuasakan di Alam Melayu melalui Perjanjian 29 Oktober 1830 antara Kesultanan Johor Lama dan Belanda di mana Kepulauan Riau dan Kepulauan Lingga kekal di bawah pemerintahan Sultan Johor ke-16, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah manakala negeri Johor dan negeri Pahang menjadi negeri merdeka yang bebas daripada pemerintahan baginda. Maka, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah secara rasmi menjadi Sultan Riau-Lingga pertama pada tahun 1830. Kesultanan Riau-Lingga dibubarkan oleh Belanda pada tahun 1911.

Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan Bahasa Melayu hingga menjadi asas pembentukan Bahasa Indonesia. Sepanjang pemerintahan Kesultanan Riau-Lingga, Bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan kesusasteraan serta memiliki kamus ekabahasa (monolingualisme) sendiri dan setanding dengan bahasa-bahasa lain yang besar di dunia. Tokoh di sebalik perkembangan pesat Bahasa Melayu adalah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan ahli sejarah yang berketurunan Melayu-Bugis.