Kerajaan Aru
Kerajaan Haru | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1225–1613 | |||||||
Peta Sumatera tahun 1565 dengan orientasi selatan di atas, menunjukkan "Terre Laru" di bahagian tengah kiri bawah | |||||||
| Ibu negara | Kota Rentang | ||||||
| Agama | Animisme, Hinduisme, Islam | ||||||
| Kerajaan | Pemerintahan beraja | ||||||
| Sejarah | |||||||
• Didirikan | 1225 | ||||||
• Ditaklukkan Kesultanan Aceh | 1613 | ||||||
| |||||||
| Sekarang sebahagian dari | Indonesia | ||||||
Kerajaan Haru (Surat Batak Karo: ᯀᯒᯬ; Jawi : حارو/ آرو; Belanda: Aroe, Inggeris: Aru) adalah sebuah kerajaan Melayu yang diperintah suku Melayu dan Batak Karo yang wujud antara abad ke-13 dan abad ke-16 Masihi di pantai timur laut Sumatera (kini terangkum dalam Sumatera Utara, Indonesia moden). Sementara kata Aru pada suku Batak Toba ditujukan kepada sebuah pohon yang rindang. Jadi ada kemungkinan, suku Batak Toba yang menjadi penghuni kerajaan Aru, bukan Karo. Pada zaman kegemilangannya, Haru adalah kuasa maritim yang hebat dan dapat mengawal bahagian utara Selat Melaka.
Penduduk kerajaan mengamalkan animisme tempatan dan Hinduisme. Sejak abad ke-13, Islam mula diamalkan bersama kepercayaan lain yang telah ada. Ibu negara Haru terletak berhampiran dengan bandaraya Medan dan daerah Deli Serdang sekarang ini. Penduduk asli kerajaan ini iaitu Melayu dan orang Karo dipercayai berasal dari daerah pedalaman Sumatera Utara.