Parti Bersatu Sabah

Parti Bersatu Sabah
ڤرتي برساتو سابه
Nama Bahasa InggerisUnited Sabah Party
Nama Kadazan-DusunPa'arti Mi'iso do Sabah
SingkatanPBS
Pemimpin/ketuaMajlis Kepemimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS)
PresidenDatuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili
PengerusiDatuk Claudius Alex Sundang
Setiausaha agungDatuk Julita Mojungki
SetiausahaDatuk Joniston Bangkuai
PresidiumBarisan Majlis Presidium Cawangan-cawangan PBS Satu-Sabah (the GREAT SABAH Presidium Front)
Jawatankuasa tetapTan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
JurucakapDatuk Joniston Bangkuai
Datuk Jahid Jahim
Datuk Lo Su Fui
Datuk Joachim Gunsalam
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
Timbalan PresidenDatuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Datuk Seri Panglima Dr Yee Moh Chai, Datuk Seri Panglima Jahid Jahim
Naib PresidenDatuk Johnny Mositun, Datuk Hendrus Anding, Datuk Haji Ruslan Haji Muharam Mursid Mohd Rais, Datuk Arthur Sen Siong Choo, Datuk Dr Joseph Lee Han Khyun
Ketua Jentera partiDatuk Joachim Gunsalam
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
Datuk Maximus Ongkili
PengasasTan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
Diasaskan5 Mac 1985
(penubuhan dan mesyuarat pertama)
Didaftarkan5 Mac 1985
(dirasmikan)
Disahkan6 Mac 1985
(pengesahan-diluluskan)
PenggabunganGabungan pemimpin 1985:
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan
("The Huguan Siou")
Datuk Kadoh Agundong
("The Giant Killer")
Datuk Maximus Ongkili
("The Magnificent Captain Winger")
Didahului oleh
  • Gerakan Penyatu Bangsa Sabah 1985
  • United Sabah Movement (Gerakan Sabah Bersatu)
Ibu pejabatPenampang
Kiulu
Kota Kinabalu
AkhbarBerita PBS
Media Akhbar PBS
Badan pemikirOrganisasi Badan Intelektual PBS (BIPBS)
Sayap pelajarSayap Pelajar PBS
Sayap belia/pemudaPergerakan Belia PBS
Sayap wanitaPergerakan Wanita PBS
Sayap pemudaPergerakan Pemuda PBS
Sayap jentera partiPergerakan Markas PBS
Barisan Kubu PBS
Perikatan Sabah Kinabalu (PERISAI)
Sayap jentera PBS-GRS
Keanggotaan (2022)580,000 (Disember 2022)
Ideologi
Kedudukan politikKanan-tengah
AgamaMultireligious / Multiracial (perpaduan kepelbagaian bangsa dan agama)
Hubungan kebangsaanBarisan Nasional (1985 - 1990, 2002 - 2018)
Gagasan Rakyat (1991 - 1996)
Gabungan Bersatu Sabah (2018 - 2020)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
(kerjasama sejak 12 September 2020) Dan (ahli gabungan sejak 11 Mac 2022)
Hubungan serantauThe Borneo-Bloc
Hubungan benuaAsia
Hubungan antarabangsaPersatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (sejak 1998)
Warna     Biru Terang dan Hijau
Slogan
  • "Bersatu!, Bersatu!, Bersatu!"
    (1985)
  • "Sabah untuk Rakyat Sabah"
    (2019)
LaguBersatu Dalam PBS
Tapak sesawangpartibersatusabah.org
Parti Sang Giant Killer
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
1 / 222
Dewan Undangan Negeri Sabah
7 / 79
Simbol pilihan raya

Bendera parti

(Bendera rasmi sejak 5 Mac 1985)
sunting · sunting di Wikidata

Parti Bersatu Sabah (bahasa Inggeris: United Sabah Party; singkatan: PBS) ialah sebuah parti politik tempatan pelbagai kaum di Sabah, Malaysia yang ditubuhkan oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada tahun 1985 sebagai bukti kebangkitan rakyat Sabah pada era 80'an. Parti Bersatu Sabah juga merupakan parti paling bersejarah dengan merekodkan kemenangan lebih dari 5 kali menentang parti gergasi di Sabah dan lebih 10 kali menentang parti nasional sejak tahun 1985. Parti ini juga telah direkodkan sebagai parti pertama yang berjaya menyatukan semua golongan rakyat pada tahun 1985 sehingga membuahkan kemenangan menentang ketidak-adilan parti pemerintah.

Parti Bersatu Sabah (PBS) adalah parti tempatan Sabah yang paling bersejarah dan tertua di Sabah. Parti ini turut digelar sebagai Parti "Sang Giant Killer" selepas berjaya menumbangkan dua parti terbesar di Sabah ketika itu iaitu USNO dan BERJAYA Sabah. Parti Bersatu Sabah (PBS) merupakan komponen utama bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak tahun 2022.

Parti politik ini pernah menguasai Dewan Undangan Negeri untuk bahagian negeri Sabah pada tahun 1985 sehingga 1994 dengan menewaskan parti gergasi yang ada di Sabah. Parti ini juga menguasai 14 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990.

Pada tahun 2020, Parti politik tempatan ini telah bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu sebuah gabungan parti-parti tempatan yang mempunyai visi, misi dan ideologi untuk melindungi hak-hak orang asal Sabah dan mengekalkan ketempatan di Sabah serta menyatupadukan rakyat-rakyat di Bawah Bayu. PBS dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi 7 kerusi ADUN Sabah pada PRN Sabah 2020 (berlangsung pada 27 September 2020). Selepas sahaja Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya didaftarkan dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada Mac 2022, PBS telah menjadi komponen utama rasmi bagi Gabungan Rakyat Sabah.