Parti Pejuang Tanah Air
Parti Pejuang Tanah Air ڤرتي ڤجوڠ تانه اير | |
|---|---|
| Singkatan | PEJUANG |
| Presiden | Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir |
| Pengerusi | Mahathir Mohamad (2020–2022) |
| Setiausaha agung | Dato' Wira Ir. Amiruddin Hamzah |
| Pengasas | Tun Dr. Mahathir Mohamad |
| Diasaskan | 12 Ogos 2020 |
| Didaftarkan | 8 Julai 2021 |
| Disahkan | 8 Julai 2021 (sebagai parti politik rasmi) |
| Pecahan | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) |
| Ibu pejabat | N-02-08, Blok N, Conezion Commercial Centre, Lebuhraya IRC3, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia |
| Sayap wanita | Pejuanita |
| Sayap pemuda | Pejuang Muda |
| Sayap pemudi | Pejuanita Muda |
| Ideologi | |
| Kedudukan politik | Sayap Kanan |
| Agama | Islam |
| Warna | |
| Slogan | Pejuang Berprinsip |
| Lagu | Berjuang Untukmu |
| Pautan lain | |
| Dewan Negara Malaysia | 0 / 70 |
| Dewan Rakyat Malaysia | 0 / 222 |
| Dewan Undangan Negeri | 5 / 607 |
| Menteri Besar dan Ketua Menteri | 0 / 13 |
| Bendera parti | |
| Catatan kaki | |
| Parti politik di Malaysia | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Parti Pejuang Tanah Air (Jawi: ڤرتي ڤجواڠ تانه اءير, juga singkatan: PEJUANG) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dipimpin oleh Presidennya iaitu Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Mahathir. Parti PEJUANG telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 8 Julai 2021 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan penggunaan logo Parti PEJUANG telah disahkan serta ditapis oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Tun Dr. Mahathir bin Mohamad iaitu Pengerusi Parti PEJUANG ketika itu telah menerima surat kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri iaitu Dato' Seri Hamzah Zainudin serta surat kelulusan daripada ROS pada 8 Julai 2021. Parti PEJUANG sebahagian daripada komponen gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) sebelum meninggalkan gabungan tersebut pada bulan Januari 2023.