Barisan Nasional
Barisan Nasional | |
|---|---|
| Nama English | National Front |
| Singkatan | BN |
| Pengerusi | Ahmad Zahid Hamidi |
| Setiausaha agung | Zambry Abdul Kadir (2021–) |
| Setiausaha am | Zambry Abdul Kadir |
| Timbalan Pengerusi | Mohamad Hasan |
| Vice Chairman | |
| Penasihat | Najib Razak |
| Bendahari Agung | Johari Abdul Ghani |
| Pengasas | Abdul Razak Hussein |
| Diasaskan | 1 Jun 1974 |
| Disahkan | 1 Jun 1974 |
| Didahului oleh | Parti Perikatan |
| Digantikan oleh | Gabungan Parti Sarawak (di Sarawak) (2018) |
| Ibu pejabat | Aras 8, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Kuala Lumpur |
| Sayap pelajar | Pergerakan Mahasiswa Barisan Nasional |
| Sayap belia/pemuda | Pergerakan Pemuda Barisan Nasional |
| Sayap wanita | Pergerakan Wanita Barisan Nasional |
| Keanggotaan | 450,000 (2013) |
| Ideologi | Faksi:
|
| Kedudukan politik | Kanan tengah hingga sayap kanan |
| Hubungan kebangsaan | Perikatan Nasional (2020–2022) Kerajaan Perpaduan Kebangsaan (sejak 2022) |
| Hubungan serantau | Gabungan Rakyat Sabah (2020–2023) |
| Warna |
|
| Slogan | Rakyat Didahulukan Hidup Rakyat Bersama Barisan Nasional Hidup Negaraku Kestabilan dan Kemakmuran |
| Lagu | Barisan Nasional |
| Tapak sesawang | www |
| Pautan lain | |
| Dewan Negara | 12 / 70 |
| Dewan Rakyat | 30 / 222 |
| Dewan Undangan Negeri | 115 / 611 |
| Ketua Menteri Negeri | 4 / 13 |
| Simbol pilihan raya | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pada |
| Politik Malaysia |
|---|
| Negara Anggota ASEAN |
| Portal Malaysia |
Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah gabungan politik Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai gabungan parti-parti politik berhaluan tengah kanan dan berhaluan kanan untuk menggantikan Parti Perikatan. Ia merupakan gabungan politik ketiga terbesar dengan 30 kerusi di Dewan Rakyat selepas Pakatan Harapan (PH) dengan 82 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan 74 kerusi.
Gabungan ini terdiri daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC), dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Gabungan Barisan Nasional menggunakan model pemerintahan antara kaum yang sama seperti pendahulunya Parti Perikatan tetapi pada skala yang lebih luas, dengan sehingga 14 parti politik berasaskan kaum pernah menyertai gabungan ini pada satu masa. Ia menguasai politik Malaysia selama lebih tiga dekad selepas penubuhannya. Jika digabungkan dengan tempoh pemerintahan Parti Perikatan, ia telah memerintah hampir 61 tahun dari 1957 hingga 2018, menjadikannya gabungan politik yang paling lama memerintah dalam sejarah dunia demokrasi.
Sejak tahun 2008, gabungan ini menghadapi cabaran yang lebih kuat daripada parti-parti pembangkang, khususnya daripada Pakatan Rakyat dan kemudiannya Pakatan Harapan (PH). Gabungan Barisan Nasional kehilangan penguasaan ke atas parlimen kepada PH buat kali pertama dalam sejarah Malaysia selepas pilihan raya umum 2018. Ia juga merupakan kali pertama Barisan Nasional menjadi gabungan pembangkang, dengan bekas Perdana Menteri dan pengerusi Barisan Nasional Mahathir Mohamad menjadi ketua PH. Akibatnya, parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak keluar daripada gabungan tersebut dan menubuhkan gabungan mereka sendiri pada tahun 2018 dan 2022. Selepas Krisis politik Malaysia 2020, bersama empat parti lain, Barisan Nasional kembali berkuasa di bawah kerajaan pimpinan Perikatan Nasional. Namun, BN mengalami prestasi paling buruk dalam pilihan raya 2022, jatuh ke tempat ketiga di belakang Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, namun kekal dalam kerajaan dengan menyokong Pakatan Harapan.