Banjir Malaysia 2014–2015
Banjir Malaysia 2014–2015 merujuk kepada banjir di seluruh Malaysia. Banjir pada tahun 2014 adalah yang terburuk dalam sejarah banjir di Malaysia dengan mencatatkan lebih 300,000 orang dipindahkan. Sejak 18 Disember, Jabatan Meteorologi Malaysia, telah mengeluarkan 38 amaran cuaca buruk; 15 amaran peringkat 'Merah', 15 amaran 'Oren' dan 8 amaran 'Kuning'.