Persidangan CEO Global Forbes 2011

Persidangan CEO Global Forbes 2011 diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, Malaysia pada 12-14 September 2011.

Persidangan ini dianggap terbesar di dunia kerana melibatkan kekayaan individu bernilai AS$120 bilion (RM360 bilion).

Persidangan anjuran Forbes dan kerajaan Malaysia ini bertujuan membina rangkaian perhubungan antara individu terkaya dunia serta membincangkan keadaan semasa ekonomi dunia. 80 % dari 55 orang peserta ini tidak pernah melabur di Malaysia dan ini merupakan peluang untuk menarik mereka melabur.