Muhammad Sanusi Md Nor
Muhammad Sanusi Md Nor | |
|---|---|
| محمد سنوسي مد نور | |
Muhammad Sanusi pada 2022 | |
| Menteri Besar Kedah ke-14 | |
| Menyandang jawatan 17 Mei 2020 (5 tahun, 4 bulan dan 25 hari) | |
| Sultan | Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah |
| Didahului oleh | Mukhriz Mahathir |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi Jeneri | |
| Menyandang jawatan 3 Julai 2018 (7 tahun, 3 bulan dan 9 hari) | |
| Didahului oleh | Mahadzir Abdul Hamid |
| Majoriti | 2,455 (2018) 16,050 (2023) |
| Pengerusi Badan Perhubungan Parti Perikatan Nasional Negeri Kedah | |
| Menyandang jawatan 5 Januari 2021 (4 tahun, 9 bulan dan 7 hari) | |
| Didahului oleh | Penyandang sulung |
| Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah | |
| Dalam jawatan 4 Julai 2018 – 17 Mei 2020 (1 tahun, 10 bulan dan 13 hari) | |
| Didahului oleh | Amiruddin Hamzah |
| Digantikan oleh | Phahrolrazi Mohd Zawawi |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 4 Ogos 1974 Kampung Sungai Pau, Sik, Kedah, Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Gagasan Sejahtera (GS) (2018–2020) Muafakat Nasional (MN) (2019–2022) Perikatan Nasional (PN) (2020–kini) |
| Pasangan | YABhg Datin Seri Hajah Jusmalailani Jusoh (k. 1999) Che Intan Subri (k. 2024) |
| Anak | 5 |
| Kediaman | Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah |
| Tempat belajar | Universiti Sains Malaysia (BA) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | Malaysia Yang di-Pertuan Agong |
| Cabang/khidmat | Tentera Laut Diraja Malaysia Rejimen Askar Wataniah |
| Tahun khidmat | 1995–1997 2021–kini |
| Pangkat | Leftenan Muda Laksamana Pertama |
| Unit | Pasukan Latihan Pegawai Simpanan |
Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor (Jawi: محمد سنوسي بن مد نور; Sebutan bahasa Melayu: [muhammad sanusi]; lahir 4 Ogos 1974) ialah ahli politik Malaysia yang sedang berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 sejak Mei 2020 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) untuk Jeneri sejak Mei 2018. Beliau adalah Ketua Pembangkang negeri itu dari Julai 2018 sehingga runtuhnya pentadbiran negeri Pakatan Harapan yang dipimpin oleh pendahulunya Mukhriz Mahathir pada Mei 2020. Seorang ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya I parti itu di negeri Kedah. Tempoh beliau sebagai Menteri Besar Kedah dicemarkan oleh beberapa kontroversi dalam isu politik, skandal, dakwaan aneh dan hubungan tegang dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri lain dan menjadi salah satu tokoh penting dalam "Gelombang Hijau" di Malaysia.