Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia

Presiden Mahkamah Rayuan
Malaysia
Penyandang
Abu Bakar Jais
sejak 28 Julai 2025
GelaranYang Amat Arif
Tuan Yang Terutama
Tuan
Bidang kuasaMalaysia
PusatIstana Kehakiman, Putrajaya
PenamaPerdana Menteri Malaysia
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong
Tempoh jawatanumur persaraan mandatori pada 65 atau 66 (atas permintaan untuk lanjutan minimum), umur persaraan lanjutan pada usia 68 atau 70 tahun.
Surat cara pembentukanPerlembagaan Persekutuan Malaysia
Penjawat sulungLamin Mohd Yunos
GajiRM31,500 sebulan
Tapak webwww.kehakiman.gov.my
sunting ยท sunting di Wikidata


Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia ialah jawatan ketua timbalan sistem kehakiman Malaysia. Gelaran ini telah digunakan sejak 24 Jun 1994, apabila Mahkamah Rayuan Malaysia dibentuk. Presiden Mahkamah Rayuan ialah ketua Mahkamah Rayuan, mahkamah kedua tertinggi di Malaysia. Ia merupakan kedudukan kedua tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia selepas Ketua Hakim Negara Malaysia dan diikuti oleh Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.