Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura
Kuala Lumpur–Singapore High Speed Rail
马新高速铁路
கோலாலம்பூர்-சிங்கப்பூர் அதிவேக ரயில்
 HSR 
Peta untuk cadangan laluan kereta api
Umum
JenisKereta api berkelajuan tinggi
SistemKereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur–Singapura
StatusDibatalkan (2021); dihidupkan semula (2023); RFI (2024)
Lokasi Malaysia
Singapura
TerminalBandar Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
Jurong Timur, Singapura
Stesen8
Perkhidmatan1
Operasi
Dibuka2031 (Jangkaan)
Pemilik MyHSR Corp
Teknikal
Tolok landasan1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
PengelektrikanTalian atas

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura diumumkan pada September 2010 dan diusulkan untuk menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Singapura.

Pembinaan kereta api itu pada awalnya dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2015, merupakan pengangkutan paling berteknologi moden antara kedua-dua bandar raya ini. Projek ini turut melengkapkan sistem rel yang sudah sedia ada oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), iaitu laluan kereta api Pantai Barat. Oleh kerana kedua-dua sistem ini adalah selari antara satu sama lain, ia akan memberi manfaat kepada bandar-bandar yang terletak berjauhan daripada sistem KTMB seperti Batu Pahat, Muar dan Bandaraya Melaka.

Pada tahun 2018, selepas kemenangan Tun Dr. Mahathir dalam pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau telah mengumumkan pembatalan projek HSR. Tun Dr Mahathir berkata bahawa pihak kerajaan mungkin akan membayar penalti sebanyak RM500 juta kepada Singapura akibat pembatalan projek ini. Pada tahun 2021, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bersetuju dengan Kerajaan Singapura untuk membatalkan projek tersebut selepas tidak mendapat kata sepakat tentang projek ini dengan Kerajaan Singapura. Di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, pada tahun 2023, projek HSR telah dihidupkan semula setelah 2 tahun dibatalkan. Setakat 15 Januari 2024, sebanyak tujuh konsortium telah mengemukakan cadangan konsep untuk projek ini dalam proses permintaan maklumat (RFI).