Majlis Pemulihan Negara
| مجليس ڤموليهن نڬارا | |
Kerajaan Malaysia | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 21 Julai 2021 |
| Dibubarkan | 21 Disember 2022 |
Eksekutif agensi |
|
Laman sesawang | pelanpemulihannegara |
Majlis Pemulihan Negara adalah sebuah majlis mesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Antara tugasnya adalah untuk menyokong Jemaah Menteri dalam pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara. Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan antara komponen utama dalam Pelan Pemulihan Negara antara yang paling diberikan perhatian. Selain daripada itu, proses memudahcara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial dan keagamaan turut diberi perhatian.
Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi membendung wabak COVID-19 supaya dapat beralih dari pandemik kepada endemik.