Belanjawan Malaysia 2021

Belanjawan Malaysia 2021 (2021)
Rang Undang-undang 2020
Teguh Kita, Menang Bersama
Dibentang6 November 2020
ParlimenKe-14
Menteri KewanganTengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
BendahariKementerian Kewangan
Jumlah perbelanjaan RM322.5 bilion
Laman webTeks Belanjawan 2021
‹ 2020
2022 ›

Belanjawan Malaysia 2021 (lazimnya sekadar Belanjawan 2021) ialah anggaran pendapatan dan perbelanjaan untuk tahun 2021 bagi kerajaan Malaysia. Ia telah dibentangkan pada 6 November 2020, hari Jumaat oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat. Dengan peruntukan sebanyak kira-kira RM322.5 bilion, belanjawan ini bakal menjadi belanjawan negara terbesar dalam sejarah.