Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Wan Ahmad Farid Wan Salleh
Ketua Hakim Negara Malaysia ke-11
Menyandang jawatan
28 Julai 2025
Raja Sultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Didahului olehTengku Maimun Tuan Mat
Pengerusi
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
Menyandang jawatan
28 Julai 2025
Didahului olehTengku Maimun Tuan Mat
Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 9 April 2009
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Syed Hamid Albar
Didahului oleh Tan Chai Ho
Digantikan oleh Abu Seman Yusop
Jelaing Mersat
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
23 Disember 2008 – 9 April 2009
Dalam jawatan
23 Disember 2005 – 22 Disember 2008
Maklumat peribadi
Lahir (1962-11-13) 13 November 1962
Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik (-2013)
PasanganDatin Seri Utama Intan Baizura Abdul Wahab
Bidang pengkhususanHakim

Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh (lahir 13 November 1962) ialah Hakim dan bekas ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara ke-11 sejak 18 Julai 2025.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Tinggi selama 5 tahun dan 3 bulan, dilantik pada 8 Ogos 2019. Ketika dalam politik, beliau berkhidmat sebagai Senator selama dua penggal (2005-2008 dan 2008-2009). Beliau merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia bermula pada 19 Mac 2008 sehingga 9 April 2009. Beliau meletakkan jawatan sebagai Senator untuk bertanding dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009 ekoran kematian penyandangnya Razali Ismail. Walau bagaimanapun, beliau ditewaskan calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut. Di peringkat parti beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Beliau telah mengumumkan bersara daripada politik pada tahun 2013.