Bahasa Melayu Malaysia
| Bahasa Melayu Piawai بهاس ملايو ڤياواي | |
|---|---|
| Bahasa Melayu Piawai بهاس ملايو ڤياواي Bahasa Melayu Standard بهاس ملايو ستندرد Bahasa Malaysia بهاس مليسيا | |
| Bahasa Melayu بهاس ملايو | |
| Sebutan | [ba.ˈha.sə mə.la.ju pi.ja.waɪ] |
| Asli kepada | Malaysia, Singapura dan Brunei |
Penutur bahasa | B1: Sedikit B2: Merangkumi keseluruhan penduduk Malaysia. Bentuk baku bahasa Melayu Malaysia (zsm) ini digunakan secara diglosia dengan bahasa Melayu tempatan (zlm). |
Austronesia
| |
Bentuk awal | Bahasa Melayu Kuno
|
| Tulisan Rumi (rasmi) dan Tulisan Jawi (separa rasmi) | |
| Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | Malaysia Singapura Brunei |
| Dikawal selia oleh | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Majlis Bahasa Melayu Singapura |
| Kod bahasa | |
| ISO 639-3 | zsm |
| Glottolog | stan1306 |
Bahasa Melayu Malaysia juga dikenali sebagai Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu Piawai atau secara ringkasnya disebut sebagai Bahasa Melayu sahaja ialah bentuk piawaian bahasa Melayu di Malaysia sebagai bahasa rasmi mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Bahasa ini digunakan secara rasmi seperti yang dinyatakan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, yang menyebut bahawa: "Bahasa kebangsaan (Malaysia) ialah bahasa Melayu". Piawai bahasa ini juga digunakan di negara Singapura dan Brunei, dan turut berstatus rasmi di negara-negara tersebut.
Bahasa Melayu Malaysia mempunyai lebih daripada 65-75% perbendaharaan katanya berkognat dengan perbendaharaan kata daripada Bahasa Indonesia dan dituturkan oleh lebih daripada 20-25 juta orang di Malaysia sebagai bahasa sehari-hari dan lingua franca.