Ketua Hakim Negara Malaysia


Ketua Hakim Negara Malaysia
كتوا حاكيم نڬارا مليسيا
Penyandang
Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh
sejak 28 Julai 2025
Mahkamah Persekutuan Malaysia
GelaranYang Amat Arif
Bidang kuasaMalaysia
InstitusiMahkamah Persekutuan Malaysia
PusatIstana Kehakiman, Putrajaya, Malaysia
Dilantik olehYang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Surat cara pembentukanPerkara 122B Perlembagaan Persekutuan
Penjawat sulungJames Thompson
Dibentuk1963 (1963)
GajiRM 26,000 sebulan
Tapak webwww.kehakiman.gov.my
sunting · sunting di Wikidata


Ketua Hakim Negara Malaysia juga dikenali sebagai Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan, ialah pejabat dan gelaran ketua sistem kehakiman Malaysia. Gelaran ini telah digunakan sejak 1994, dan sebelum ini ia dikenali sebagai Tuan Yang Dipertua Mahkamah Persekutuan. Ketua Hakim Negara ialah ketua Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi Malaysia. Ia merupakan kedudukan tertinggi dalam sistem kehakiman Malaysia diikuti oleh Presiden Mahkamah Rayuan Malaysia, Hakim Besar Malaya, dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.