Perikatan Nasional

Perikatan Nasional
ڤريكتن ناسيونل
SingkatanPN
PERIKATAN
Pemimpin/ketuaTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin
PresidenTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin
PengerusiTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin
Setiausaha amDato' Seri Mohamed Azmin Ali
JurucakapDatuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Pengerusi
Bendahari AgungKosong
Ketua WanitaDatuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin
Ketua PemudaAfnan Hamimi Taib Azamudden
Ketua Pengarah Pilihan RayaDato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor
PengasasTan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin
Diasaskan23 Februari 2020 (2020-02-23)
Didaftarkan7 Ogos 2020 (2020-08-07)
Disahkan14 September 2020 (2020-09-14)
(Disahkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebagai 'parti politik')
PenggabunganGabungan parti-parti nasional di Malaysia
PecahanBarisan Nasional (BN)
Pakatan Harapan (PH)
Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
Didahului olehPersatuan Perikatan Parti Malaysia
Ibu pejabatIbu Pejabat Perikatan Nasional, Rumah PERIKATAN, B4-3-1 Urbane Tower
1 Jalan Dutamas 1
Solaris Dutamas
50480 Kuala Lumpur
AkhbarPNBEST News
Badan pemikirPN Coalition Intelligence and Analysts Association (PN Analysts Association)
Sayap penyokong PNBEST
KeanggotaanPAS
GERAKAN
BERSATU
MIPP
IdeologiKetuanan Melayu
Demokrasi Islam Malaysia
Konservatisme nasional
Kedudukan politikTengah kanan ke sayap kanan
AgamaIslam (Ahli Sunnah Wal Jama'ah)
Hubungan kebangsaanMalaysia
Hubungan serantauAsia Tenggara
Hubungan benuaASIA
Hubungan antarabangsaGabungan Pertubuhan-pertubuhan Konservatisme
Warna     Biru Gelap dan Putih
Slogan"Mengeratkan perpaduan"
(14 September 2020 - 2 Oktober 2020)
"Satukan rakyat bersama Perikatan Nasional"
(7 Oktober 2020 - 29 Oktober 2022)
"Prihatin, Bersih dan Stabil" (sejak 30 Oktober 2022)
"BERSATU, BERGERAK, SE-MALAYSIA" (slogan rasmi sejak 21 Mac 2025)
LaguKami Perikatan Nasional
Tapak sesawangperikatan-nasional.org.my
Pautan lain
Dewan Negara
8 / 70
Dewan Rakyat
74 / 222
Dewan Undangan Negeri
202 / 607
Menteri Besar dan Ketua Menteri
4 / 13
Simbol pilihan raya

(seluruh Malaysia kecuali Kelantan dan Terengganu)

(hanya di Kelantan dan Terengganu)
Bendera parti
sunting · sunting di Wikidata


Perikatan Nasional (singkatan: PN), juga dikenali sebagai PERIKATAN ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada 4 buah parti komponen. Parti ini didaftarkan pada tarikh 7 Ogos 2020 dan disahkan pada September 2020 selepas lima bulan mentadbir Kerajaan Persekutuan Malaysia dari tarikh penubuhan kerajaan baru Malaysia pada 10 Mac 2020. Parti Perikatan Nasional telah didaftarkan di bawah Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia. Penubuhan parti ini dipengaruhi oleh Kabinet Muhyiddin (juga dikenali sebagai Kabinet Pertama Mahiaddin Yassin) yang ditubuhkan pada 10 Mac 2020. Gabungan ini didahului oleh Persatuan Perikatan Parti Malaysia (PPPM).

PN berjaya memenangi 73 kerusi dan menjadi blok kedua terbesar selepas Pakatan Harapan di Dewan Rakyat; dipanggil oleh sebahagian pihak sebagai "Gelombang Hijau". PN di Dewan Rakyat diketuai oleh Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang. PN juga merupakan kerajaan memerintah di empat buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.