Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو
Nama Bahasa InggerisUnited Malay National Organisation
SingkatanPEKEMBAR, UMNO
PresidenAhmad Zahid Hamidi
PengerusiBadruddin Amiruddin
Setiausaha agungTengku Adnan Tengku Mansor
Setiausaha amAsyraf Wajdi Dusuki
JurucakapAzalina Othman Said
Timbalan PresidenMohamad bin Hasan
Naib Presiden
Ketua WanitaNoraini Ahmad
Ketua PemudaMuhamad Akmal Saleh
Ketua PuteriNurul Amal Mohd Fauzi
PengasasOnn Jaafar
Diasaskan11 Mei 1946 (1946-05-11)
Didaftarkan11 Mei 1946
Disahkan13 Februari 1988
Dibubarkan4 Februari 1988
Didahului olehPertubuhan Melayu Bersatu
Ibu pejabatTingkat 38, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
AkhbarNew Straits Times
Berita Harian
Harian Metro
Sayap belia/pemudaPergerakan Pemuda UMNO
Sayap wanitaWanita UMNO
Sayap beliawanisPergerakan Puteri UMNO
Sekolah PolitikSekolah Patriotik UMNO
Keanggotaan (2025)3.4 Juta
IdeologiNasionalisme, Konservatisme
Demokrasi Islam
Kedudukan politikParti haluan kanan jauh
AgamaIslam: Ahli Sunah Waljamaah
Hubungan kebangsaanParti Perikatan (1952-1973)
Barisan Nasional (1973–kini)
Muafakat Nasional (2019-2022)
Kerajaan Perpaduan (2022-kini)
Warna     Merah dan putih1
SloganBersatu, Bersetia, Berkhidmat
LaguBersatu, Bersetia, Berkhidmat
Tapak sesawangumno.org.my
umno-online.my
Pautan lain
Dewan Negara:
8 / 70
Dewan Rakyat:
26 / 222
Dewan Undangan Negeri:
103 / 607
Simbol pilihan raya
Catatan kaki
Merah putih telah digunakan semenjak sebelum kemerdekaan
sunting · sunting di Wikidata

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن کبڠساءن ملايو برساتو, juga dikenali sebagai PEKEMBAR (Jawi: ڤکمبر) atau UMNO; /ˈəmn/ ) ialah sebuah parti politik yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). UMNO merupakan parti politik utama bagi gabungan politik Barisan Nasional (BN) yang kini merupakan salah satu parti komponen Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan serta parti pemerintah tunggal di Melaka dan Johor. UMNO berada di blok pembangkang di Kelantan dan Sabah serta tidak membuka cawangan di Sarawak.

UMNO dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Agama Islam, Kebangsaan Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta perpaduan Malaysia demi kemakmuran dan kestabilan Negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.