Ahmad Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi
أحمد زاهد حميدي
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Menyandang jawatan
3 Disember 2022
Berkhidmat with
Fadillah Yusof
Raja Sultan Abdullah
(2022–2024)
Sultan Ibrahim
(2024–kini)
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Didahului oleh Ismail Sabri Yaakob (2021)
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Raja Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
(2015–2016)
Sultan Muhammad V
(2016–2018)
Perdana Menteri Najib Razak
Didahului oleh Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Mac 2019
Raja Sultan Muhammad V
(2018–2019)
Sultan Abdullah
(2019–2019)
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Didahului oleh Wan Azizah Wan Ismail
Digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob
Presiden UMNO
Menyandang jawatan
30 Jun 2018
Pemangku : 12 Mei 2018 – 30 Jun 2018
Timbalan
Didahului oleh Najib Razak
Portfolio Menteri
2008–2009Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
2009–2013Menteri Pertahanan Malaysia
2013–2018Menteri Dalam Negeri Malaysia
2022–kiniMenteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia
Ahli Parlimen Malaysian
bagi Bagan Datuk
Menyandang jawatan
25 April 1995
Didahului oleh Mohamed Jamrah
Majoriti14,830 (1995)
4,617 (1999)
12,539 (2004)
2,692 (2008)
2,108 (2013)
5,073 (2018)
348 (2022)
Pengerusi
Barisan Nasional
Menyandang jawatan
12 Mei 2018
Timbalan Mohamad Hassan
Didahului oleh Najib Razak
Naib Presiden UMNO
(Menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO mulai 27 Februari 2016 - 11 Mei 2018)
Dalam jawatan
2009–2018
Berkhidmat with
Hishammuddin Hussein
Mohd Shafie Apdal (2009-2016)
Didahului olehMohd Ali Rustam
Muhyiddin Yassin
Muhammad Muhammad Taib
Digantikan olehIsmail Sabri Yaakob
Mahdzir Khalid
Mohamed Khaled Nordin
Maklumat peribadi
Lahir
Ahmad Zahid bin Hamidi

(1953-01-04) 4 Januari 1953
Bagan Datuk, Perak, Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikUMNO
(1973–kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional
(1973–kini)
PasanganHamidah Khamis
Anak5
Ibu bapa
  • Raden Hamidi Raden Abdul Fatah (bapa)
  • Tuminah Abdul Jalil (ibu)
PendidikanUniversiti Malaya (BA)
Universiti Putra Malaysia (PhD)
Pekerjaan
Laman webOfficial blog
Ahmad Zahid Hamidi di Facebook

Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Haji Hamidi (Jawi: أحمد زاهد بن حميدي; lahir 4 Januari 1953) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2015 sehingga 2018 dalam kerajaan Barisan Nasional kepada Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan juga dalam kerajaan perpaduan kepada Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak 2022. Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dari 2013 sehingga 2018, dan sebelum itu telah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk di Perak dan merupakan presiden bagi parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Di awal kerjaya politiknya, beliau merupakan seorang Senator dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional sebelum menjadi ketua sayap belia UMNO. Selepas pilihan raya 2004, Zahid menjadi Timbalan Menteri di bawah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi. Semasa menjadi Timbalan Menteri, beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia. Selepas pilihan raya 2008, Zahid menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada April 2009. Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2013, menggantikan Hishamuddin Hussein.

Pada 29 Julai 2015, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabinet Najib ekoran kritikan Muhyiddin terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad.