Asyraf Wajdi Dusuki

Asyraf Wajdi Dusuki
DCSM (Melaka); DIMP (Pahang); PhD (Loughborough)
Pengerusi
Majlis Amanah Rakyat
Menyandang jawatan
12 Mac 2023
Raja Sultan Ibrahim
Al-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Menteri Ahmad Zahid Hamidi
Didahului oleh Azizah Mohd Dun
Setiausaha Agung UMNO
Menyandang jawatan
22 Mac 2023
Presiden Ahmad Zahid Hamidi
Didahului oleh Ahmad Maslan
Ketua Pemuda UMNO
Dalam jawatan
25 Jun 2018 – 11 Mac 2023
Naib Ketua Shahril Sufian Hamdan
Didahului oleh Khairy Jamaluddin
Digantikan oleh Muhamad Akmal Saleh
Timbalan Pengerusi UMNO Cawangan Pasir Puteh
Menyandang jawatan
1 Januari 2019
Pengerusi Zawawi Othman
Ahli Dewan Negara
Dalam jawatan
26 Mei 2014 – 25 Mei 2017
Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
29 Julai 2015 – 10 Mei 2018
Raja Sultan Abdul Halim
Sultan Muhammad V
Perdana Menteri Najib Razak
Digantikan oleh Fuziah Salleh
Yang di-Pertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Dalam jawatan
3 Jun 2013 – 28 Julai 2015
Didahului olehDr. Aziz Jamaludin Mhd. Tahir
Digantikan olehDr. Yusri Mohamad
Maklumat peribadi
Lahir
Asyraf Wajdi bin Dusuki

(1976-05-14) 14 Mei 1976
Tumpat, Kelantan
Parti politik BN-UMNO
PasanganProf. Datin Wira Dr. Nurdianawati Irwani Abdullah
Ibu bapa
KediamanPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tempat belajarUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Loughborough
Dikenali denganPerbankan dan kewangan Islam

Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Haji Dusuki (lahir 14 Mei 1976) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dari Jun 2018 hingga Mac 2023. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuatkuasa pada 29 Julai 2015 sehingga 10 Mei 2018. Pada tahun 2023, belau telah di lantik sebagai Setiausaha Agung UMNO selepas pemilihan 2023.

Sebelum pelantikan ini, beliau telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 3 Jun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Dalam kerjaya peringkat awal, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kemudian bertugas sebagai Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) iaitu institusi pengajian tinggi di bawah Bank Negara Malaysia.