Perang Lanjutan

Perang Lanjutan
Sebahagian daripada Medan Timur Perang Dunia II

Askar Finland bertahan di Garis-VT semasa Penyerangan Vyborg–Petrozavodsk Soviet pada Jun 1944
Tarikh25 Jun 1941 – 19 September 1944
(3 tahun, 2 bulan, 3 minggu dan 4 hari)
Lokasi
Finland, Karelia, dan kawasan Murmansk
Keputusan

Kemenangan Soviet

  • Peletakan Senjata Moscow
Perubahan
wilayah
  • Petsamo diserahkan kepada KRSS
  • Semenanjung Porkkala dipajak selama 10 tahun
  • Pihak yang terlibat
     Finland
     Jerman Nazi
    Itali
     Kesatuan Soviet
     United Kingdom
    Komandan dan pemimpin
    Kekuatan
    Jumlah: 450,000 askar Finland
    Kemuncak: 700,000 askar Finland
    1941: 67,000 askar Jerman
    1944: 214,000 askar Jerman
    2,000 sukarelawan Estonia
    1,000 sukarelawan Sweden
    99 anggota sukarelawan Itali
    Jumlah: 900,000–1,500,000
    Jun 1941: 450,000
    Jun 1944: 650,000
    Kerugian dan korban
    • Finland
    • 63,200 mati atau hilang
    • 158,000 cedera
    • 2,370–3,500 ditangkap
    • 225,000 jumlah kasualti
    • Tidak termasuk civilian kasualti orang awam
    • Jerman
    • 23,200 mati atau hilang
    • 60,400 cedera
    • 84,000 jumlah kasualti
    • Tidak termasuk kasualti orang awam
    • Soviet
    • 250,000–305,000 mati
      atau hilang
    • 575,000 kasualti
      medikal (termasuk
      385,000 cedera
      dan 190,000 sakit)
    • 64,000 ditangkap
    • 890,000–944,000
      jumlah kasualti
    • Tidak termasuk kasualti orang awam,
      seperti pengepungan Leningrad

    Perang Lanjutan atau Perang Sambungan, juga dikenali sebagai Perang Soviet-Finland Kedua, adalah konflik yang diperjuangkan oleh Finland dan Jerman Nazi, terhadap Kesatuan Soviet (USSR) dari tahun 1941 hingga 1944, sebagai sebahagian daripada Perang Dunia II. Dalam pensejarahan Soviet, peperangan ini dipanggil Perang Patriotik Besar Medan Finland. Pihak Jerman menganggap operasinya di kawasan ini sebagai sebahagian daripada usaha keseluruhan perang di Barisan Timur dan menyediakan Finland dengan bantuan material yang penting dan sokongan ketenteraan, termasuk bantuan ekonomi.

    Perang Lanjutan bermula 15 bulan selepas berakhirnya Perang Musim Sejuk (1939-1940), juga melibatkan Finland dan KRSS. Perang Lanjutan merujuk kepada konflik antara Finland dan Kesatuan Soviet dari 1941 hingga 1944, yang berlaku selepas Perang Musim Sejuk. Ia dinamakan begitu kerana Finland melihat perang ini sebagai "lanjutan" kepada Perang Musim Sejuk. Terdapat banyak alasan yang diusulkan oleh serangan Finland, untuk mendapatkan balik wilayah yang hilang semasa Perang Musim Sejuk. Justifikasi lain untuk konflik tersebut merangkumi visi Presiden Ryti tentang Finland Raya dan keinginan Panglima Tertinggi Mannerheim untuk mengilhak Karelia Timur. Rancangan untuk serangan itu dijalankan bersama Wehrmacht dan puak-puak pemimpin politik dan tentera Finland bersama pegawai kerajaan lain. Meskipun terdapat kerjasama dalam konflik ini, Finland tidak pernah menandatangani Pakatan Tiga Pihak secara formal, walaupun mereka menandatangani Pakatan Anti-Comintern. Kepimpinan Finland menyatakan pakatan mereka dengan Jerman sebagai mempertahankan diri.

    Pada Jun 1941, dengan bermulanya pencerobohan Jerman ke atas Soviet Union, Angkatan Bersenjata Finland melancarkan serangan selepas daripada serangan udara oleh Soviet. Menjelang September 1941, Finland menawan semula konsesi pasca–Perang Musim Sejuknya kepada Soviet Union: iaitu Segenting Karelia dan Ladoga Karelia. Namun, Tentera Darat Finland meneruskan serangan melewati sempadan pra-1939 dengan penaklukan Karelia Timur, termasuk Petrozavodsk, dan hanya berhenti sekitar 30–32 km (19–20 bt) dari pusat Leningrad, di mana mereka terlibat dalam mengepung bandar tersebut dengan memotong laluan bekalan utaranya dan bertahan sehingga tahun 1944. Di Lapland, tentera bersama Jerman–Finland gagal menawan Murmansk atau memintas Landasan Keretapi Kirov (Murmansk), laluan transit untuk peralatan pinjam sewa ke KRSS. Konflik tersebut stabil dengan hanya pertempuran kecil sehingga gelombang peperangan beralih melawan Jerman dan penyerangan strategik Soviet di Vyborg–Petrozavodsk pada Jun 1944. Serangan itu menolak askar Finland keluar dari sebahagian besar wilayah yang mereka tawan semasa peperangan, tetapi tentera Finland menghentikan gerakan serangan tersebut pada Ogos 1944.

    Permusuhan antara Finland dan KRSS berakhir dengan gencatan senjata, yang bermula pada 5 September 1944, disahkan oleh tandatangan Peletakan Senjata Moscow pada 19 September 1944. Salah satu syarat perjanjian ini ialah pengusiran, atau pelucutan senjata, mana-mana tentera Jerman dalam wilayah Finland, yang menyebabkan berlakunya Perang Lapland antara Finland dan Jerman. Perang Dunia II telah ditamatkan secara rasmi oleh Finland dan kuasa-kuasa kecil Paksi dengan penandatanganan Perjanjian Damai Paris pada tahun 1947. Perjanjian tersebut mengesahkan penyerahan wilayah dari peletakan senjata 1944: pengembalian sempadan seperti Perjanjian Damai Moscow tahun 1940, penyerahan bandar Petsamo (Rusia: Пе́ченгский райо́н, Pechengsky raion) dan pajakan Semenanjung Porkkala kepada KRSS. Tambahan lagi, Finland dikehendaki membayar $300 juta dalam ganti rugi perang kepada KRSS, memikul sebahagian tanggungjawab peperangan, dan mengakui bahawa ia telah menjadi sekutu Jerman.

    Jumlah kematian adalah 63,200 Finland dan 23,200 Jerman mati atau hilang dalam peperangan, selain 158,000 dan 60,400 cedera. Anggaran rakyat Soviet yang mati atau hilang sekitar 250,000 hingga 305,000 orang manakala 575,000 dianggarkan cedera atau jatuh sakit.